|
Untuk kesekelian kalinya tempat Kudsia diambil alih oleh Adlin buat seketika. Pengkritik untuk minggu keempat
1) Adlin Aman Ramlie 2) Fauzi Marzuki 3) Syafinaz Disini adalah secara ranking "favourite" ayon malam konsert kelmarin... 1) Felix - memang versatile dan berjaya menghiburkan hati penonton 2) Mawi - Mawi memang menyukai lagu "genre" ini...namun beliau perlu berhati-hati dengan temponya. 3) Idayu - Suka sangat dengan penyampaian Idayu kali ini...begitu menghidupkan suasana. 4) Marsha - Pertama kali saya melihat Marsha betul-betul melontarkan vokalnya yang hebat itu. 5) Amylea - Lagu yang agak perlahan, namun beliau berjaya mencorakkan lagu tersebut mengikut acuannya. 6) Yazer - Berjaya menyanyi lagu tersebut tetapi gagal menghayatinya. 8) Amy - Amy agak baik dalam lagu ini namun stamina perlu dipertingkatkan lagi. 9) Akma - Perlu lebih menjiwai lagu tersebut, Akma seorang penyanyi yang baik namun Akma perlu mencari suatu kelainan untuk beliau lebih mendapat undi. 10) Ekin - Ayon semakin kurang menggemari Ekin, sama seperti Amy, stamina perlu lebih dipertingkatkan. 11) Reza - Bila lah agaknya Reza hendak menjadi "Penyanyi yang betul-betul menyanyi". Reza lebih hebat menjadi penari. Komen Adlin malam itu terhadap Reza agak keras. 12) Aidil - Aidil lakukan sesuatu bukan hanya sekadar tersengeh. 13) Kefli - Terseksa mendengar beliau menyayi lagu tersebut. Out please. Suatu keputusan yang di luar jangkaan...pelajar yang bakal menjadi taruhan di peringkat akhir terkeluar awal. Kisah Rosma, Zarina berulang kembali...kini Idayu menjadi mangsa kerakusan dan kelekaan pengundi AF3. Kekecewaan yang teramat sangat kerana ayon mengharapkan satu bentuk kualiti penghibur hebat yang bakal menggegarkan Konsert Akhir...tapi sungguh malang hajat tidak kesampaian. Untuk Idayu....Percayalah anda bakal menjadi Superstar tanpa ada Curiga jauhkan semua agar Tiada Lagi Tangisan yang membawa ke demensi yang lebih jauh dalam industri hiburan tanah air. ayon@fanatsia3..hidup perlu diteruskan jua Idayu. Ayon sentiasa menyokong anda. |
| Leave a Comment: |