ayonatfantasia3 ayonatfantasia3
Berinformasi, berhibur bersama menuju puncak di ayon@fantasia3


Selamat datang ke dunia akademi fantasia 3...dah demam...inilah penawarnya
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Juara AF3..milik siapa
Siapakah yang bakal bergelar juara AF musim ke 3 ?

Reza
Felix
Fuad
Keifli
Yazer
Aidil
Amy
Amylea
Ekin
Eliza
Akma
Idayu
Mawi
Marsha






Jun 20, 2005
Konsert Akademi minggu ke 3

Pertama kali ayon berterimakasih di atas kesudiaan anda menatap jurnal ayon setiap hari. Ayon juga menerima nasihat dan teguran membina..cuma ayon harapkan jurnal ini menjadi saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat tentang Akademi Fantasia dan diharap agar saluran ini tidak digunakan untuk perkara-perkara yang tidak sihat. Kerjasama anda amat ayon hargai....

Berbalik kepada konsert yang lepas 3 perkara yang ayon dapat rangkumkan ialah:
1) Kemunculan semula Mawi.
2) Pengundi kurang memberi undi kepada calon yang disangkakan berada dalam keadaan selamat
3) Persembahan masih biasa tiada yang dapat dibanggakan sangat.

Pengkritik untuk minggu ketiga

1) Kudsia Kahar (Pengkritik tetap)
2) Shaharudin
3) Afdlin Shauki


Disini adalah secara ranking "favourite" ayon malam konsert kelmarin...

1) Idayu - Suara "power"..gaya menarik, sayang kalau terkeluar awal. (85%)



2) Amylea - Gaya tersendiri...dan mempunyai cara berbeza...satu kelainan yang dicari. (84%)

3) Mawi - Mawi membuktikan dia juga boleh menyanyi seperti yang lainnya...cuma penguasaan pentas agak kurang. (80%)



4) Fuad - Saya suka dengan gaya Fuad mempersembahkan lagu tersebut...antara pelajar lelaki yang ada suara yang menarik. Sayang dia terkeluar. (77%)

5) Yazer - Kelainan yang dicari tapi agak hambar. (74%)

6) Felix - "Falseto" Felix hancur, perlu diasah lagi yang lainnya ok. (70%)

7) Akma - Pengawalan vokal baik cuma agak "semput" ketika diakhir persembahan. (66%)

8) Ekin - Seakan tidak bermaya dengan nyanyiannya...perlu lebih jiwa ketima menyanyi. (62%)

9) Reza - Masih biasa tiada kelainan dari segi persembahannya..cuma dia pandai bergerak mengikut emosi lagu. (55%)

10) Aidil - Perlu ada "perasaan" ketika menyanyi...beliau bernasib baik kerana persembahan beliau dibantu benyak oleh pihak Astro...nampak menarik. (52%)

11) Kefli - Persembahan yang agak berserabut namun "fun". Cuma suara Kefli banyak sangat lari. (48%)

12) Marsha - Entahlah..masih kurang berminat melihat persembahan beliau. (44%)

13) Amy - Totally out...agak resah melihat persembahan beliau. (41%)

Diakhir konsert Fuad tersingkir..mungkin kerana pengundi Fuad kurang peka dan agak selesa dengan kedudukan Fuad ketika diawal konsert atau caranya di dalam akademi agak kurang disukai..apa-apapun Fuad ada kelebihan tesendiri.



ayon@fantasia3..ayon menulis dari hati...segalanya jujur dan datang dari hati.

Posted at 07:55 pm by Ayon
Make a comment  

Jun 16, 2005
Diari 16/06/05

Amy terpaksa melakukan satu tugasan yang amat berat berbanding yang lainnya untuk konsert minngu ini....kerana beliau terpaksa membuat satu persediaan yang amat singkat dan mempersembahkan dalam bentuk terbaik. Kehadiran Tiara Jacquelina sedikit sebanyak telah membantu Amy untuk meyakinkan lagu untuk membuta sebaik yang mungkin...nasihat dan gerakan Tiara sememangnya diperlukan oleh Amy.

Siti Hajar menegur industri hiburan secara tidak langsung...teguran yang jujur ayon rasakan.

Ekin bermasaalah dengna jarinya sedikit...mungkin boleh pulih sediakala ketika konsert nanti.

Apa yang menarik minat ayon adalah mesyuarat antara pelajar...Reza bertindak sebagai Ketua (mungkin sebab dia yang paling tua) namun ada ketikanya Reza, ayon dapat rasakan terlau menonjol sifat "suka menunjuknya"...kurangkan sikit sifat itu. Akma memberi teguran yang jujur...siapakah yang suka bermuka-muka agaknya tu. Yazer pula ayon dapat rasakan keikhlasannya memberi teguran ke atas Marsha...jika dilihat gaya Marsha agak manja dan adakalaya kurang menyenangkan...bolehkah Marsha menerima teguran Yazer? Adakah dengan teguran Yazer itu akan meningkatkan atau menjatuhkan undian Marsha...hanya pengundi yang tahu. Amylea pula dengan sifat keanak-anakkannya tersesak esak apabila menegakkan pendiriannya, Reza pula mencelah dan seakan cuba bersifat ikhlas namun "ego"nya terus menyerlah...Reza..entah mengapa ayon dapat rasakan sifat Reza mempengaruhi undiannya kini yang tidak begitu memberangsangkan.

ayon@fantasia3....sering beringat-ingat antara sesama....

Posted at 09:45 pm by Ayon
Make a comment  

Diari 15/06/05

Rutin harian seperti biasa dan tiada yang begitu menggemparkan cuma kehadiran Vince dan Khai sedikit menceriakan akademi dengan bertemu para pelajar sambil memberikan kata-kata semangat dan nasihat.....hidup bukanlah sesuatu yang mudah...segalanya terpaksa ditempuhi bersama untuk berjaya.

ayon@fantasia3...menarik sungguh lagu Nak Dara Rindu ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee...sangat meruntun jiwa....hebat lagu tersebut 

Posted at 12:33 am by Ayon
Make a comment  

Lirik lagu ayonatfantasia3 minggu ke 3

Nak Dara Rindu ( akan didendangkan oleh Aidil - Konsert 3)
(Allahyarham Tan Sri P Ramlee)

Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata





Posted at 12:26 am by Ayon
Make a comment  

Jun 14, 2005
Diari 13/06/05

Catatan diari hari ini....mengingatkan ayon akan perlunya mengasihi seorang insan yang bergelar ayah.Rata-rata para pelajar memberikan ucapan Hari Ayah sambil menunjukkan hadiah yang diberikan oleh pihak penaja. Tidak kesemua pelajar menikmati kasih ayah sepenuhnya...namun walau apa jua tindakan seorang ayah...kita harus menghormati mereka....(ayah ayon sudah kembali kepada yang ESA)

Para tenaga pengajar juga telah memberi komen peribadi tentang persembahan mereka pada konsert yang lepas..ternyata komen yang diberikan tepat. Pada hari itu juga pelajar telah diberikan  tugasan yang baru untuk konsert mereka yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Tugasan mereka untuk konsert minggu ketiga
Aidil - Nak Dara Rindu (P Ramlee)
Felix - Memori Bahagia (Sahri)
Fuad - Gerimis di Lautan (Sudirman)
Kefli - Keindahan pantai (Kristal)
Mawi - Gadis Melayu (Othman Hamzah)
Reza - Mungkin Nanti (Peter Pan)
Yazer - Suatu Masa (M Nasir)
Amy - Asmaradana (Tiara)
Amylea - Anggapanmu (Ziana Zain)
Akma - Lagu Rindu (Siti Nurhaliza)
Ekin  - Mimpi Sedih (Emilia Contessa)
Idayu - Curiga (Ning Baizura)
Marsha - Lelaki Idaman (Melly Goeslaw)

Para pelajar dan tenaga pengajar juga melakukan kejutan untuk Marlia Musa sempena hari jadinya. Lakonan Idayu dan Amylea sangat berkesan untuk mengelirukan Marlia. Terlihat kelibat M Nasir yang tidak selalunya berwajah serius.

ayon@fantasia3...suka sangat lagu Sahri - Memori Bahagia. Mampukah Mawi membuat persembahan agak rancak sambil menari juga Amylea yang terpaksa menari ala "Puteri Jawa"...nantilah kemunculan mereka.....Mawi diharap agar lebih fokus dalam pembelajaran.

Posted at 11:59 am by Ayon
Make a comment  

Konsert Akademi minggu ke 2

Sebuah konsert yang tidak begitu membanggakan kerana kedapatan beberapa orang pelajar yang belum mampu mencapai tahap yang dikehendaki...apatah lagi pelajar seperti Mawi yang diharapkan agar memberi satu persembahan hebat , agak mendukacitakan. Ternyata pada malam tersebut komen dari para pengkritik adalah sesuatu yang jujur. Ayon mengharapkan agar Adlim masih terus dikekalkan sebagai pengkritik...cara beliau mengutarakan pendapat memang begitu jelas ketara.

Pengkritik untuk minggu kedua

1) Kudsia Kahar (Pengkritik tetap)
2) Adlin Aman Ramlie
3) Hattan

Disini adalah secara ranking "favourite" ayon malam tadi...

1) Akma - Hebat dan begitu memukau...setakat ini Akma adalah peserta paling konsisten dan tiada kecacatan ditonjolkan dalam persembahan. (90%)



2) Amylea - Gaya manjanya menjadi, dan beliau nampk "cute" dengan tatariasnya. (82%)

3) Felix - Seperti biasa beliau boleh membawakan apa sahaja lagu. (80%)

4) Eliza - Gaya meyakinkan , penuh ekspresi dan mampu memikat penonton. (78%)

5) Idayu - Agak kurang menyengat pada konsert kedua ini....sebutan kurang jelas kedengaran.(75%)

6) Fuad - Ekspresi muka nampak hebat tapi malang agak "overdoing" dan kurang meluahkan hati kepada penari yang bertindak sebagai "Puteri". (70%)

7) Kefli - Ayon mula menyukai Kefli kerana caranya tersendiri...cuba melakukan yang terbaik dan ada peningkatan. (68%)

8) Yazer - Tiada kelainan...imej "Rock" masih kekal. (65%)

9) Marsha - Ayon mengharapkan sesuatu dari Marsha...tetapi persembahannya agak mendatar dan geraknya tidak lebih dari penggoda yang terlalu "tergedik-gedik". (62%)

10) Ekin - Masih biasa dan terlalu malu-malu ketika persembahan...lakukan sesuatu. (58%)

11) Amy - Agak "malas" seperti kata Adlin. Tidak banyak bergerak dan penguasaan pentas terlalu lemah. (50%)

12) Reza - Perlu melakukan sesuatu untuk persembahan...terlalu biasa. (45%)

13) Mawi - Begitu mengecewakan ayon..sehinggakan ayon tidak sanggup melihat Mawi menyanyi ketika konsert...begitu menghampakan....Mawi perlu melakukan peningkatan dari segi nyanyian, tarian dan juga persembahan....jangan ada klon Nana (AF1) dan Mas (AF2) dengan mendapat undi simpati...buktikan kebolehan. (40%)

14) Aidil - Sudah dua konsert yang diadakan, Aidil lah yang paling kurang menghiburkan kenapa ya? (33%)

Diakhir konsert Eliza telah tersingkir. Ayon menjangkakan jika Eliza tersingkir pun ianya tidaklah terlalu awal. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak berpuashati dengan persembahan Mawi termasuklah pengetua M Nasir...Mawi perlu berusaha keras untuk mengembalikan kepercayaan para pengundinya.....



ayon@fantasia3....Mawi teruslah berusaha agar tidak mengecewakan ramai pihak. Para pembaca jurnal ini diharapkan agar dapat meningkatkan undi Akma dan Kefli....kerana mereka berpotensi.



Posted at 11:40 am by Ayon
Make a comment  

Jun 11, 2005
Diari 10/06/05

Harap maaf kerana 2 hari ayon tak dapat update untuk diari af...bukannya apa tetapi tiada yang menarik untuk diperkatakan cuma semalam diari begitu menyerlahkan kekurangan beberapa pelajar...

Seperti biasa surat wasiat telah di sediakan oleh setiap pelajar...nampaknya eliza menjadi pilihan para pelajar untuk dibacakan suratnya...kenapa Eliza ye? Mungkin Eliza lebih disenangi oleh para rakannya tetapi tidak bagi M Nasir yang secara terang mengatakan Eliza bertindak tidak matang berbeza dengan usianya...mungkin ada yang menyukai dan mungkin tidak.

Pesembahan di hadapan pengetua memeperlihatkan ramai pelajar yang masih kurang bersedia...Ekin seperti biasa masih tidak memberi suatu ekspresi persembahan yang dikehendaki...Reza begitu juga , Kefli agak mengawal lenggok suaranya dan seakan sukar membawa lagu tersebut manakala Felix masih biasa dan Mawi agak lari "pitching" di sana sini. Ayon berharap mereka mampu membuat persembahan yang lebih baik pada malam ini. Namun komen M Nasir semalam tidak sepedas sebelumnya.

Pada pilihan ayon Mawi, Idayu, Felix, Marsha dan Reza adalah antara pelajar yang ditunggu-tunggu persembahan mereka.

ayon@fantasia3..marilah memilih peserta yang betul-betul berkebolehan

Posted at 07:13 am by Ayon
Comment (1)  

Jun 8, 2005
Diari 07/06/05

Marsha...Marsha....Marsha, kenapa cepat mengalah sebelum mencuba. Contohilah Felix dan rakan-rakan lain yang tidak boleh menari buat pertama kalinya. Mawi pun tidak boleh menari, tetapi dia terus mencuba. Jangan teruskan menangis kerana pengundi akan cepat merasa bosan dengan sikap anda yang terlalu lemah dan kurang keyakinan. Siti Nurhaliza pun pada awalnya tidak begitu pandai menari.

Apa yang diperhatikan Mawi dan Felix menjadi tumpuan di kelas Marlia Musa sehingga sedikit menggaburi pelajar yang lainnya. Mungkin saingan kini agak sengit untuk Mawi dan Felix agaknya. Mawi pula sudah sedikit nakal di hari kedua...itulah yang ayon mahu perhatikan sedikit kejujuran dalam AF 3 ini.

Siti Hajar pula secara jujur mengatakan orang berbadan besar juga ada tarikan sendiri jika kena gayanya (sedikit gembira dengan statement tersebut). Kualiti harus dijaga  agar sentiasa dapat menghasilkan yang terbaik.

ayon@fantasia...kehadiran Mawi menceriakan sedikit suasana di Akademi...Felix juga sama sudah pandai menjadi nakal sedikit.

Posted at 01:29 am by Ayon
Make a comment  

Lirik lagu ayonatfantasia3 minggu kedua
Diari 06/06/05

Diari hari ini memaparkan komen para tenaga pengajar tentang persembahan mereka di konsert yang lepas...dan para pelajar memberi alasan masing-masing kenapa persembahan mereka mengalami kesukaran. Apa yang mengejutkan M.Nasir menyukai persembahan Reza yang dikatakannya ada tarikan tersendiri. Aidil seakan berada di tahap kritikal kerana dia sering menjadi bahan kritik mahu di dalam akademi mahupun kepada peminat fanatik AF sendiri.

Selain itu Marsha dan Mawi diperkenalkan kepada penonton di hari pertama mereka menghadirkan diri ke kelas...Mawi agak malu-malu lagi namun adatlah pertama kali bersemuka di dalam kelas. Marsha pula sudah membuka pekung di dada..terimalah hakikat jangan terlalu dimanjakan diri itu...cuba menghadapinya dengan hati terbuka dan jangan terlalu meminta-minta...jangan lupa nasib anda bergantung kepada undian penonton yang melihat anda setiap hari di kaca TV.

Tugasan mereka untuk konsert minggu kedua
Aidil - I Don't Want To Miss A Thing (Aerosmith) 
Felix - Berjuta Batu (Alleycats)
Fuad - Puteri (Zainal Abidin)
Kefli - Mungkin (Anuar Zain)
Mawi - Dari Kekasih Untuk Kekasih (Hattan)
Reza - Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)
Yazer - Sejati (Wings) 
Amy - Sesalan (Ezlyn)
Amylea - Asmara (Annela Gronloh)
Akma - Cahaya (Kris Dayanti)
Ekin  - Joget Sayang Disayang (Anita Sarawak)
Elliza - Aku, Dia dan Kamu (D-Va)
Idayu - Superstar (Jamelia) 
Marsha - Ingin Bersamamu (Syafinaz)

Semua pelajar seakan menyukai tugasan mereka cuma persoalan di sini mampukah Kefli membawa lagu Mungkin (Anuar Zain)..berdoalah agar dia mampu melakukannya.

ayon@fantasia tidak sabar melihat persembahan Mawi dan Marsha nanti....

Posted at 01:07 am by Ayon
Make a comment  

Previous Page Next Page