ayonatfantasia3 ayonatfantasia3
Berinformasi, berhibur bersama menuju puncak di ayon@fantasia3


Selamat datang ke dunia akademi fantasia 3...dah demam...inilah penawarnya
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Juara AF3..milik siapa
Siapakah yang bakal bergelar juara AF musim ke 3 ?

Reza
Felix
Fuad
Keifli
Yazer
Aidil
Amy
Amylea
Ekin
Eliza
Akma
Idayu
Mawi
Marsha






Jul 12, 2005
Tugasan pelajar minggu ke7

Tugasan mereka untuk konsert minggu ketujuh

AMYLEA, Penawar Rindu (Datin Orkid Abdullah)
AKMA, Bertakhta Di Hati (Farahdhiya)
EKIN, Maafkan Kepergianku (Ruth Sahanaya)
FELIX, Fantasia Bulan Madu (Search)
KEFLI, You To Me Are Everything, (The Real Thing)
MARSHA, Jambatan Tamparull, (Lagu Rakyat Negeri Sabah)
MAWI, Oh Fatimah, (A.Ramlie) 
YAZER, Nazraku (Spider) dan terakhir sekali lagu berkumpulan Anekaragam (Black Dog Bone).

Lagu tugasan mereka minggu ini agak sepadan dengan mutu vokal mereka cuma Kefli terpaksa berusaha keras untuk menghafal setiap bait lirik lagu Inggerisnya. Apa-apapun moga Kefli terus berjaya...juga yang lainnya.

Lagu favourite ayon dinyanyikan oleh Ekin minggu ini...harap beliau dapat menyelami emosi lagu ini...penghayatan amat diperlukan kalau minggu lepas Amylea boleh membawanya tidak mustahil Ekin boleh melakukannya....

ayon@fantasia3...penawar rindu untuk arwah abah...walau kini kita berjauhan namun tetap bertakhta di hati dan maafkan kepergianku tatkala kau memerlukanku kerana ketika itu aku di amun fantasia bulan madu namun abah you to me are everything.......

Posted at 10:47 pm by Ayon
Make a comment  

Jul 11, 2005
Konsert Akademi minggu ke 6

Adakah pengundi kini lebih bijak...harapnya begitulah. Ayon minta maaf sebab sudah seminggu ayon tak updatekan jurnal ini...bukannya apa, ayon agak sibuk dengan shooting telemovie/ movie terbaru "Salon" arahan Ming Jin. Apa-apapun konsert yang lepas telah semakin menampakkan kemajuan para pelajar.

Pengkritik untuk minggu keenam

1) Adlin Aman Ramlie
2) Dato' Sharifah Aini
3) Iman Wan

Disini adalah secara ranking "favourite" ayon malam konsert kelmarin...

1) Amylea - Beliau sememangnya konsisten dan vokalnya semakin mantap..penuh emosi persembahan beliau..cuma Amylea mestilah lebih bersifat ingin bergaul ketika di Akademi..jika tidak undian beliau akan menjadi semakin sedikit.



2) Marsha - Lagu ini memang makanan Marsha...hebat dan berkualiti.



3) Mawi - Berjaya juga beliau membawa lagu tersebut namun lenggok nasyidnya masih ketara.



4) Akma - Persembahan biasa...masih tiada faktor X

5) Kefli - Beliau nampak begitu mencuba...Tahniah.

6) Aidil - Nampak peningkatan mutu vokalnya... namun agak terlambat.

7) Felix - Apa dah jadi.....hancur lagu dibuatnya...persembahan beliau paling buruk.

8) Yazer - Masih tiada istimewanya persembahan beliau..nampak macam konsert budak sekolah.

9) Ekin - Warna patutnya dinyanyikan dengan ceria ini tidak.

Akhirnya seperti dijangka Aidil terkeluar juga...namun lakonan Aidil yang hampir pengsan itu memang menjadi........



ayon@fantasia3...harapnya persembahan semua pelajar lebih konsisten.

Posted at 04:55 pm by Ayon
Make a comment  

Jun 29, 2005
Ramalan penyingkiran untuk minggu ini

Ini adalah sekadar ramalan ayon. Mungkin betul, mungkin tidak...

1) Eliza (AF3) = Edlin (AF2). Afundi mereka bermula dengan huruf E
2) Fuad (AF3) = Fitri (AF2). Afundi mereka bermula dengan huruf F
3) Idayu (AF3) = Anding (AF2). Kedua-duanya bekas graduan UITM (Fakulti Seni Persembahan)
4) Ekin (AF3) = Zarina (AF2). Sama tinggi dan kedua-duanya terlibat dalam Badan Kesenian dan Kebudayaan negeri masing-masing

ayon@fantasia3...segala-galanya bergantung pada undian.

Posted at 12:44 am by Ayon
Make a comment  

Lirik lagu ayonatfantasia3 minggu ke 5

Antara Anyir Dan Jakarta (akan didendangkan oleh Amy - Konsert 5)
(Odie Agam)


Derusan ombak bersilih ke pantai
Disambut alunan nyiur melambai
Rembulan megah di atas mahligai
Tersenyum melihat kita berdua

Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata
Seakan rela dua insan
Di dalam senarionya

Antara Anyir dan Jakarta
Kita jatuh cinta
Antara Anyir dan Jakarta
Kisah cinta tiga malam
Kan ku ingat selamanya
Antara Anyir dan Jakarta

Kita seakan mimpi yang buruk
Ku alami setiap hari
Cinta yang sudah tiada lagi
Tinggal memori membawa kembali







Posted at 12:33 am by Ayon
Make a comment  

Diari 27/06/05

Pada minggu baru ini para pelajar diberikan tugasan baru yang boleh dikatakan agak mencabar untuk beberapa peserta...terutamany kepada para pelajar yang penguasaan Bahasa Inggeris mereka agak lemah.

Tugasan mereka untuk konsert minggu kelima
Aidil - Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta)
Felix - Hari Ini Dan Semalam (J.Mizan)
Kefli -  Berhenti Berharap (Sheila On 7)
Mawi -  Beautiful Maria (Los Lobos)
Reza -  Alah Emak Kahwinkan Aku (Zainorin Mat Dom)
Yazer - Takdir Penentu Segala (Jamal Abdillah)
Amy - Antara Anyir dan Jakarta (Sheila Majid)
Amylea - Hakmilik Kekal (Linda & Diana Rafar)
Akma - Camar Yang Pulang (Aishah)
Ekin  - Let's Get Loud (J-Lo)
Marsha - Bossanova (Saloma)

Kedapatan beberapa pelajar kurang berpuashati dengan lagu yang mereka perlu persembahkan, namun perjuangan tetap terpaksa diteruskan untuk mereka bergelar bintang.

Selepas mereka menerima tugasan mereka, mereka diminta untuk menghafal lagu mereka dalam masa sejam. Selepas sejam terdapat beberapa pelajar contohnya Kefli yang masih kurang berkeyakinan dengan lagu yang diberikan...mungkin Kefli perlu lebih peka dalam penghafalan.

Para tenaga pengajar juga telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama pengetua untuk memebuat "post mortem" supaya ilmu yang disampaikan mereka betul-betul dapat dipraktikkan oleh para pelajar.

ayon@fantasia3...moga yang betul-betul layak akan kekal dalam akademi.

Posted at 12:25 am by Ayon
Make a comment  

Jun 26, 2005
Konsert Akademi minggu ke 4

Antara konsert yang paling menghiburkan dan begitu mengecewakan ayon. Terutamanya ke atas para pengundi AF3 kali ini. Bakat bukan lagi menjadi taruhan malah kerana faktor kefanatikan lebih jelas ketara..namun jika tiada kejutan bukanlah namanya Akademi Fantasia.

Untuk kesekelian kalinya tempat Kudsia diambil alih oleh Adlin buat seketika.

Pengkritik untuk minggu keempat

1) Adlin Aman Ramlie
2) Fauzi Marzuki
3) Syafinaz

Disini adalah secara ranking "favourite" ayon malam konsert kelmarin...

1) Felix - memang versatile dan berjaya menghiburkan hati penonton



2) Mawi - Mawi memang menyukai lagu "genre" ini...namun beliau perlu berhati-hati dengan temponya.



3) Idayu - Suka sangat dengan penyampaian Idayu kali ini...begitu menghidupkan suasana.



4) Marsha - Pertama kali saya melihat Marsha betul-betul melontarkan vokalnya yang hebat itu.

5) Amylea - Lagu yang agak perlahan, namun beliau berjaya mencorakkan lagu tersebut mengikut acuannya.

6) Yazer - Berjaya menyanyi lagu tersebut tetapi gagal menghayatinya.

8) Amy - Amy agak baik dalam lagu ini namun stamina perlu dipertingkatkan lagi.

9) Akma - Perlu lebih menjiwai lagu tersebut, Akma seorang penyanyi yang baik namun Akma perlu mencari suatu kelainan untuk beliau lebih mendapat undi.



10) Ekin - Ayon semakin kurang menggemari Ekin, sama seperti Amy, stamina perlu lebih dipertingkatkan.

11) Reza - Bila lah agaknya Reza hendak menjadi "Penyanyi yang betul-betul menyanyi". Reza lebih hebat menjadi penari. Komen Adlin malam itu terhadap Reza agak keras.

12) Aidil - Aidil lakukan sesuatu bukan hanya sekadar tersengeh.

13) Kefli - Terseksa mendengar beliau menyayi lagu tersebut. Out please. 

Suatu keputusan yang di luar jangkaan...pelajar yang bakal menjadi taruhan di peringkat akhir terkeluar awal. Kisah Rosma, Zarina berulang kembali...kini Idayu menjadi mangsa kerakusan dan kelekaan pengundi AF3. Kekecewaan yang teramat sangat kerana ayon mengharapkan satu bentuk kualiti penghibur hebat yang bakal menggegarkan Konsert Akhir...tapi sungguh malang hajat tidak kesampaian. Untuk Idayu....Percayalah anda bakal menjadi Superstar tanpa ada Curiga jauhkan semua agar Tiada Lagi Tangisan yang membawa ke demensi yang lebih jauh dalam industri hiburan tanah air.



ayon@fanatsia3..hidup perlu diteruskan jua Idayu. Ayon sentiasa menyokong anda.


Posted at 11:02 pm by Ayon
Make a comment  

Jun 24, 2005
Tergendala seketika

Ulasan diari Akademi Fantasia 3 ditangguhkan buat seketika kerana masaalah kesibukan dan keletihan ayon tahap maksima harap maklum

Posted at 09:19 pm by Ayon
Make a comment  

Jun 22, 2005
Lirik lagu ayonatfantasia3 minggu ke 4

Seksa (akan didendangkan oleh Kefli - Konsert 4)
(Ukays)


Kemana bintang beribu
Di malam ini
Tiada satupun yang kelihatan
kecuali kelam

Mungkinkah hujan kan turun
Menemani malam
Makin sepilah malam ku ini
Tiada teman bicara

Walaupun lenaku panjang
Tiada mimpi bertandang
Menghitung hari berlalu
Seksanya aku

Walaupun masih teringat
Kau jauh entah dimana
Sudahnya ku duakanmu

Dan tak ku duga kau jelma pula
Menagih lagi janji lama
Sukar bagiku untuk terima
Kehadiranmu untuk bersama
Kali kedua

Tak perlu kau menjelma lagi
Nyata atau mimpi
Kerna bagiku
Semua yang berlaku
Biarkan berlalu
Jangan pula nanti
Kau salahkan aku
Kerna meninggalkanmu



Posted at 01:35 am by Ayon
Make a comment  

Diari 21/06/2005

Reza pula kini menjadi perhatian ramai, Adakah Reza bijak dalam permainan ini atau tidak. Ayon kurang menyenangi sikap Reza yang terlalu banyak masaalah dengan kebanyakan pelajar. Jangan disebabkan anda dilantik sebagai ketua dan disebabkan faktor usia, anda layak untuk menunding jari kepada sesiapa sahaja. Ayon agak Reza terlalu mencari kontroversi yang sepatutnya tidak dicarinya untuk kekal lama dalam akademi. Reza perlu ingat bahawa untuk menjadi orang yang disukai, anda perlu menyukai orang lain dahulu...keterbukaan Reza untuk membincangkan isu ini dengan Puan Siti dan Puan Fatimah sudah pasti akan menggugat undi Reza.

Selain itu para pelajar dinasihatkan agar mengurangkan berat badan untuk menjaga stamina, mereka diberikan vitamin...hanya Reza dan Amylea sahaja yang masih "maintain" berat badannya.

Apakah isu Idayu pula? Kenapa Idayu pula mahu dipadankan dengan Mawi...padan ker?

Tugasan mereka untuk konsert minggu keempat
Aidil - Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy, Martin)
Felix - Aku Semut Merah (Meggy Z)
Kefli - Seksa (Ukays) 
Mawi - Nou'r El Ain (Amr Diab)
Reza - Senandung Semalam (Jamal Abdillah)
Yazer - Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)
Amy - Bilang Saja (Agnes Monica)
Amylea - Don't Know Why (Norah Jones)
Akma - L.O.V.E (Nat King Cole)
Ekin  - Antara Dua (Farah AF2)
Idayu - Tiada Lagi Tangisan (Misha Omar nyanyian semula oleh Aishah)
Marsha - Tunggu Sekejap (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee nyanyian semula oleh Jaclyn Victor)

ayon@fantasia3...mengharapkan kelainan dari segi persembahan untuk minggu ini.

Posted at 01:18 am by Ayon
Comment (1)  

Jun 20, 2005
Info untuk peminat Aidil...


Aidil 2nd FC Gathering details:

Date: 25/06/05 (Saturday)
Time:600pm-8pm
Location: Medan Hang Tuah -Level 4- The Mall
Food and drinks provided.

Agenda:
We will be electing the official AJK for Aidil FC.
Surprise for Aidil's B'day

Please e-mail me at suziemohamed@yahoo.com to confirm attendance. TQ


Posted at 08:15 pm by Ayon
Make a comment  

Next Page