Reza pula kini menjadi perhatian ramai, Adakah Reza bijak dalam permainan ini atau tidak. Ayon kurang menyenangi sikap Reza yang terlalu banyak masaalah dengan kebanyakan pelajar. Jangan disebabkan anda dilantik sebagai ketua dan disebabkan faktor usia, anda layak untuk menunding jari kepada sesiapa sahaja. Ayon agak Reza terlalu mencari kontroversi yang sepatutnya tidak dicarinya untuk kekal lama dalam akademi. Reza perlu ingat bahawa untuk menjadi orang yang disukai, anda perlu menyukai orang lain dahulu...keterbukaan Reza untuk membincangkan isu ini dengan Puan Siti dan Puan Fatimah sudah pasti akan menggugat undi Reza.
Selain itu para pelajar dinasihatkan agar mengurangkan berat badan untuk menjaga stamina, mereka diberikan vitamin...hanya Reza dan Amylea sahaja yang masih "maintain" berat badannya.
Apakah isu Idayu pula? Kenapa Idayu pula mahu dipadankan dengan Mawi...padan ker?
Tugasan mereka untuk konsert minggu keempat
Aidil - Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy, Martin)
Felix - Aku Semut Merah (Meggy Z)
Kefli - Seksa (Ukays)
Mawi - Nou'r El Ain (Amr Diab)
Reza - Senandung Semalam (Jamal Abdillah)
Yazer - Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)
Amy - Bilang Saja (Agnes Monica)
Amylea - Don't Know Why (Norah Jones)
Akma - L.O.V.E (Nat King Cole)
Ekin - Antara Dua (Farah AF2)
Idayu - Tiada Lagi Tangisan (Misha Omar nyanyian semula oleh Aishah)
Marsha - Tunggu Sekejap (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee nyanyian semula oleh Jaclyn Victor)
ayon@fantasia3...mengharapkan kelainan dari segi persembahan untuk minggu ini.